rawak
For once...
Aku malas nak update blog. BZZZZZZZZZZZZ sgt2 dgn ASSignment yg berlonggok mcm Gunung Everest pastu dgn event prom nite lagi (kena jaga booth), talk by companies utk ITS (tinggal lagi satu..) pastu event EMiNA Cyber punye anime wayang pacak style (aku skip kerja hari Isnin sbb baru blk dari Taiping - gi Kedah sembahyang tok nenek kat kubur) Nak kena jumpa AA aku lagi. Mesti kena leter pas ni :P
Aku rasa mcm nak guling sana, guling sini mcm bola nak lepas tension. Syok giler bile aku gi GACC hari tu (sat gi aku blog ler pasal GACC.. ni gambar pun x resize lagi. 1.47GB tu..) Lagi syok time aku balik Sabtu lepas. Blk rumah trus hentam PS2 abg aku. Wakakaka main FF12, pastu Soul Calibur 3, Tekken 5, Valkyrie Profile 2 (main kejap aje. x tau nak tekan butang mana bile ade tutorial game utk first attack encounter *kantoi*), Xenosaga (x reti nak bom benda bulat utk security masa 1st mission *kantoi*), Genji (stop main jap tang masa dia kena train lawan reflection dia sendiri *susah siot*)
Bapa tiri aku pun join sekaki main Tekken 5. Wakakaka org tua tu nak lepas tension kerja dia. Kecian gak tgk dia. Mak aku pulak x naik main sbb takut kalah. Aku set easy mode pun x nak main lagi :/
Time gi kedah utk sembahyang kubur lak pagi Isnin tadi lak, pipi aku kena cubit byk kali dgn mak cik2, saudara2 aku (-__-)" merah siot.. mata aku pedih sepanjang hari sbb asap colok kat tmpt tu masuk mata
Edit:
Lupa nak habaq. Aku jumpa minah yg aku plg x suka kat dunia ni hari Sabtu lepas kat stesen bas. Minah ni pernah buat hal masa kat sekolah dulu. Mcm2 dia buat. Dia back-stabbed kawan baik dia sendiri, curi duit kelab, duit org. Mak dia caci kawan baik dia sendiri (A) depan bapa (A) kat sekolah. Dia kata si a ni pelacur. Haram jadah. Dia sendiri x sedar yg anak dia tu yg jadi pelacur. Aku mmg marah sgt dgn apa dia buat. Ada skali tu kita org plan nak buat video utk Hari Guru. Jadi, kita org ambik video masa cikgu mengajar kat skolah, jln2 kat compund skolah. Pastu kita org edit lar bilik komputer (Mac PC siot :D ) Si minah ni otak pandai. Dia curi video cam tu pada Hari Guru lepas kita org tayang kat cikgu2 & student. Kita org masa tu x reti burn CD, jadi terpaksalah pasang cam to direct to projector. Minah tu ambik kesempatan letak vid cam tu dlm bag pastu tu letak kotak dia blk dlm pejabat skolah. X ade org suspect yg vid cam tu x ade dlm kotak tu sehinggalah ade cikgu ni nak pinjam vid cam skolah. Cikgu ni jugalah yg jadi penasihat kita org dlm project hari guru tu. Dia bagitau ketua pengawas (KP). KP cemas gile masa tu. So kita org yg terlibat dlm project tu kena panggil ke meeting. Kebanyakannya pengawas sekolah. Aku pun pengawas skolah gak masa tu. Minah tu pun kena panggil gak sbb dia terlibat dlm project tu. Kawan baik dia pun ade gak. Masa tu lah dia start plan dia. Dia kata dia bleh dpt 2nd hand vid cam sama brand dgn yg hilang tu. Dia suruh kita org kongsi duit bayar kat dia. Aku x bagitau mak aku masa tu sbb takut dia marah. Sebabnya aku mudah percayakan org lain. Aku berhenti tuition pastu guna duit yg mak aku bagi utk fees tuition utk kasi kat minah tu. Tapi aku x bagi satu sen pun kat dia lagi. Ketua Pengawas dah bagi dah.. Seminggu kemudian, minah tu bawa vid cam yg kononnya yg dia dpt utk 2nd hand ke skolah.
Satu hari tu, pecah tembelang minah tu bila aku dgn kawan aku gi jumpa cikgu add maths sbb nak yg kita org x bleh pi kelas tambahan. Cikgu tanya kenapa. Aku bagitau dia yg aku tgh tension. Pasal kehilangan vid cam tu, i TERcakap kat cikgu add maths. Kebetulan ade sorang cikgu (P) ni incharge utk buku tahunan skolah lalu. Dia terdengar perbualan kita org. Ade cikgu (S) sorang lagi ni pun join. Cikgu P bagitau aku dgn kwn aku yg dia syak si minah ni curi duit yg dia kutip utk duit photo yg student bagi. Punya kerkejut aku dgn kawan aku. Cikgu S pula bagitau yg printer & scanner kat bilik buku tahunan skolah hilang. Pastu tu, semua diam. Aku rasa menyesal sbb percaya sgt kat minah tu. Tapi aku lagi kesiankan kwn baik minah tu, si A. Alang2 esok harinya, si minah tu kena panggil oleh guru disiplin. Pastu semua yg terlibat dgn project hari guru tu kena panggil jumpa guru disiplin. Aku nampak cikgu disiplin dgn cikgu S tgh mengalirkan air mata. Aku yg masa tu x tau lagi perangai sebenar minah ni tertanya2.
Cikgu disiplin suruh minah ni mengaku perbuatan dia kat depan kita org. Punya terkejut beruk bila dia cakap yg dia yg ambik vid cam tu. Kawan baik dia, si A hampir nak bagi pelempang kat dia tapi aku sempat tarik tangan dia. Aku marah gak masa tu tapi aku diam aje.. Cikgu disiplin bagitau kita org yg vid cam yg minah tu cakap 2nd hand tu rupanya vid cam yg hilang. Dia tunjuk nombor siri kat kita org. Raut muka kawan aku bertukar dlm sekelip mata.
Sejak tu kita org x layan minah tu. Si A kawan lagi dgn minah tu, tapi utk balas dendam. Aku x tau sampai sekarang dia dah dpt ke blum dendam dia tu. Yg aku tau, si minah ni dpt masuk kolej matriks. Haram jadah betoi. 2A pun bleh masuk?! Masa tu aku ingat hidup ni mmg x adil. Mana tau, beberapa bulan kemudian, aku dpt tau yg si minah ni kena tendang kluar dr matriks sbb curi duit kelab. Rasanya tabiat lama sukar dihapuskan.
Masa aku nmpk dia hari tu, aku rasa mcm nak baling aje tong sampah tepi aku kat sini tapi aku cuba bersabar. Aku sms kawan lama aku kat skolah. Depa suruh aku cool down & & kata x ade guna aku bazir tenaga aku utk org mcm dia. Dgr kata dia x berani tegur semo budak yg pernah blajar kat skolah aku dulu. Malu kut. Agaknya dia dah dpt balasan dia. Kalo korang nak tau, muka minah ni nmpk aje baik, tapi hati dia busuk mcm mayat